Apakah Nama-Nama Yang Dilarang Dalam Islam?

Tentu ada ibu bapa yang sedang mencari nama-nama indah yang ingin diberikan kepada anak mereka yang baru dilahirkan. Seronok mencari nama Islam dan gabungan nama sendiri jangan sampai terlupa untuk semak nama yang dilarang dalam Islam ini.

Mengapa Perlu Pilih Nama Anak Yang Elok?

Nama Yang Dilarang Dalam

Jawapan yang paling mudah untuk diberikan adalah, nama itu akan menjadi panggilan kepada anak itu kelak. Malah nama itu seperti doa kepada anak. Jika elok maksudnya, maka eloklah doanya. Jika buruk, maka buruklah doa tersebut.

Islam sangat menjaga kehormatan penganutnya sehingga dari nama juga dititikberatkan. Nama haiwan ataupun yang buruk maksudnya sangatlah tidak beretika jika diberikan kepada anak ini.

Hadis daripada Abu al-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :

إِنَّكُمْ تُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِأَسْمَائِكُمْ وَأَسْمَاءِ آبَائِكُمْ فَأَحْسِنُوا أَسْمَاءَكُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.” 

(Riwayat Abu Daud – 4948)

Selain itu, nama yang elok juga boleh mengelakkan anak itu dari diejek ketika dia sudah masuk ke alam persekolahan. Mahukah anda untuk menghadap tangisan anak sekiranya dia pulang dari sekolah kerana namanya diejek?

Sudah tentu tidak. 

Nama-nama Yang Dilarang Dalam Islam & Maksudnya

Nama Yang Dilarang Dalam

Nama yang membawa makna yang buruk

Makna yang buruk terbahagi kepada dua, yang bercanggah dengan syariah dan juga nama yang betul-betul tidak mempunyai maksud yang tidak baik. Nama ini tidak boleh dijadikan sebagai nama anak kerana boleh membawa perkara yang tidak elok kepada anak ini kelak.

Antara nama tersebut adalah,  Harb (perang), Himar (Keldai) dan Kalb (anjing).

Nama-nama Allah

Ya, nama-nama Allah juga adalah antara nama yang dilarang dalam Islam. Ini kerana 99 nama Allah adalah milik Allah semata-mata. Jika anda sukakan juga nama Allah, anda boleh menggunakan Abdul pada awal nama tersebut.

Ini kerana Abdul bermaksud ‘hamba’ . Jika nama Abdul digabungkan dengan mana-mana nama Allah, ini memberikan maksud nama tersebut sebagai hamba kepada mana-mana nama Allah. Sebagai contoh, Abdul Rahman membawa maksud ‘hamba Allah yang Pemurah’.

Tetapi nama Abdul tidak boleh digabungkan dengan nama Nabi atas sebab maksudnya itu. Jika digabungkan juga, maksud nama tersebut boleh menjadi hamba Nabi. Jangan gunakan nama Abdul (hamba/pengabdian) kepada selain Allah.

Daripada Ibn Umar R.Anhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَحَبَّ أَسْمَائِكُمْ إِلَى اللَّهِ عَبْدُ اللَّهِ ، وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ

Maksudnya: Sesungguhnya nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abd al-Rahman.

Riwayat Muslim (6/169), Abu Daud (2/307), al-Tirmizi (4/29),

al-Nasa’ie (2/119), Ibn Majah (2/404), al-Darimi (2/294),

Ahmad (4774) dan al-Hakim (4/274)

Nama gelaran bagi Allah

Nama Yang Dilarang Dalam

Nama gelaran bagi Allah juga tidak dibenarkan  digunakan sebagai nama kepada anak anda. Gelaran-gelaran ini hanyalah untuk Allah dan milikNya sahaja.

Antara gelaran itu adalah,  Malik Al-Mulk (raja sekalian raja), Syahan Syah (raja segala raja), dan Hakim Al-Hukkam.

Nama yang bermakna khusus bagi untuk Nabi

Para nabi adalah hamba Allah yang dipilih olehNya untuk menggalas tanggungjawab tertentu kepada umat mereka untuk menyebarkan agama Islam. Jadi Nabi-nabi mempunyai gelaran yang tersendiri dan gelaran itu hanya untuk mereka. 

Antara gelaran itu adalah,  Habibullah (kekasih Allah) Ruhullah (gelaran khusus kepada Nabi Isa).

Nama pemerintah dan tokoh yang kejam 

Nama Yang Dilarang Dalam

Walaupun anda sukakan nama klasik seperti Qarun, anda tidak dibenarkan menggunakannya. Sejak dari kecil lagi kita telah mempelajari betapa kejamnya mereka dan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menolak Islam.

Daripada namanya sahaja, adakah gelaran yang akan diberikan kelak elok?

Sudah tentu tidak. 

Nama yang membawa maksud perbuatan yang buruk

Seperti yang dikatakan sebentar tadi, nama adalah doa kepada anak. Malah ia adalah hadiah pertama ibu bapa kepada anaknya. Sanggupkah anda sekiranya nama panggilannya mempunyai maksud dan perbuatan yang buruk?

Jika suatu hari nanti dia sudah dewasa dan bertanyakan tentang namanya, bagaimana anda akan terangkan?

Jangan fikirkan bunyinya yang sedap, semak dahulu maksudnya. Nama yang anda peru elakkan yang membawa maksud tidak elok adalah,  Asyar (jahat), Balidah (bodoh), Ayirah (tidak bersyukur), Ghasibah (perampas) dan Haqidah (dengki).

Nama-nama syaitan

Syaitan mempunyai pelbagai nama. Zaman sekarang banyak juga rancangan televisyen yang mempopularkan nama-nama ini. Sebagai orang Islam, haruslah kita menyemak dahulu nama ini. Jangan kerana ingin mengikut trend semasa, kita namakan sahaja anak dengan nama syaitan.

Antara nama itu adalah:

Honzab : Syaitan yang menggoda ketika solat

Al-‘Ajda : Syaitan

Ghilan / Ghul : Syaitan yang sering menakut-nakutkan

Khubuts / Khobaaits : Syaitan yang mengganggu di tandas.

Nama berhala

Pada zaman dahulu, orang Arab menyembah berhala dengan pelbagai nama. Jadi tidak hairanlah sekiranya nama itu masih didengari sekarang. Mungkin anda sendiri pernah mendengar namanya di filem atau dokumentari.

Tetapi tidak semua nama yang berbunyi Arab itu nama yang boleh diberikan kepada anak. Para ibu bapa dilarang menggunakan nama ini kepada anak kerana seperti mengiakan kewujudan tuhan lain selain Allah..

Nama-nama tersebut adalah, Isaaf, Al- Uzza dan Al-Lat.

Adakah Nama Anak Perlu Dalam Bahasa Arab Sahaja?

Nama Yang Dilarang Dalam

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tidak salah ingin menamakan anak dengan nama lain selain dari bahasa Arab. Apa yang penting adalah nama tersebut tidak mempunyai unsur syirik dan takabbur, bongkak dan buruk. Asalkan nama itu mempunyai maksud yang baik, sudah mencukupi.

Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah mengatakan ahli fiqh tidak melarang menggunakan nama selain bahasa Arab asalkan nama yang diberikan itu mempunyai maksud yang elok di dalam bahasa itu. Jadi tidak salah juga golongan Islam mengekalkan nama asal mereka selepas keislaman mereka. 

Untuk bacaaan lanjut anda boleh klik pada pautan ini.

Adakah Anak Boleh Dinamakan Dengan Nama Malaikat?

Nama Yang Dilarang Dalam

Menurut Imam al-Nawawi, mazhab Syafi’e dan jumhur ulama mengharuskan pemberian nama dengan nama para anbiya’ dan malaikat dan tiada larangan tsabit daripada Nabi SAW untuk ini. Imam al-Buhuti daripada mazhab Hanbali juga bersependapat dengan mazhab Syafi’e yang menafikan makruh untuk menamakan anak dengan nama malaikat.

Tetapi ada juga para ulama yang memakruhkannya, seperti Imam Malik yang memakruhkan nama Jibril kepada anak. Imam Ibn al-Qayyim pula memakruhkan penggunaan semua nama malaikat. 

Ini bersandarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Jarrad R.A:

صحبني رجل من مزينة فَأتى النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم وَأَنا مَعَه فَقَالَ يَا رَسُول الله ولد لي مَوْلُود فَمَا خير الْأَسْمَاء قَالَ إِن خير الْأَسْمَاء لكم الْحَارِث وَهَمَّام وَنعم الِاسْم عبد الله وَعبد الرَّحْمَن وتسموا بأسماء الْأَنْبِيَاء وَلَا تسموا بأسماء الْمَلَائِكَة قَالَ وباسمك قَالَ وباسمي وَلَا تكنوا بكنيتي

Maksudnya: Seorang lelaki dari Mazinah bersamaku, dan Nabi SAW datang sedang aku bersama rakanku itu, lalu dia bertanya kepada Rasulullah SAW “apakah sebaik-baik nama?” Nabi SAW menjawab “sebaik-baik nama bagi kalian ialah al-Harith dan Hammam, dan dan seelok-elok nama ialah Abdullah dan Abdurrahman. Namakanlah anak-anak dengan nama para anbiyaa’, dan jangan namakan mereka dengan nama para malaikat. Kawanku bertanya lagi “bolehkah kami menggunakan nama kamu (wahai Rasulullah)? Nabi SAW menjawab “ya, kalian boleh menggunakan namaku, namun jangan kamu menggunakan kuniyah aku.”

Riwayat Imam al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir (5/35) dan Imam al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (8268). 

Petikan daripada Mufti Wilayah Persekutuan: 

Menurut Imam al-Bukhari dan Imam al-Baihaqi, terdapat sedikit perbincangan pada isnadnya. Syeikh al-Albani mengkategorikannya sebagai hadis yang teramat lemah (dha’if jiddan). (Rujuk Tuhfah al-Maulud, hlm. 119-120)

Imam al-Munawi turut menggunakan hadis ini dalam menyokong pandangan yang memakruhkan penamaan anak dengan nama malaikat. (Rujuk Faidh al-Qadir Syarh al-Jami’ al-Saghir 4/113)

Mufti Wilayah Persekutuan mengambil kira larangan bersifat makruh tentang menggunakan nama khusus seperti Jibrail dan Mikail. Menurut laman web rasmi itu, kita bukanlah dalam kalangan para sahabat R.Anhum yang menggunakan nama tersebut.

Tetapi nama seperti Malik hukumnya adalah harus kerana nama tersebut juga digunakan para ulama seperti  Imam Malik bin Anas dan sebagainya..

Untuk bacaan lanjut klik di sini.

Nama Yang Dilarang Dalam

Ibu bapa yang inginkan nama anak yang indah, jangan lupa semak maksudnya. Tidak kiralah dalam bahasa apa pun yang anda pilih sebagai nama anak, pilihlah yang mudah bagi dia dan tidak membawa keburukan kepadanya kelak.

Anda ingin semak nama yang sesuai untuk anak anda?

Boleh tanyakan di laman rasmi TikTok kami: Laman Rasmi TikTok EZ Qurban

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN