Tanggungjawab Aqiqah Jatuh Kepada Siapa?

Aqiqah adalah antara ibadah yang sunat dan dituntut pelaksaannya pada hari ketujuh kelahiran bayi. Terdapat banyak pandangan dan pendapat yang berbeza dalam Islam tentang cara tanggungjawab aqiqah serta pelaksanaannya dan waktu yang sesuai.

Umum tahu bahawa tanggungjawab aqiqah adalah disandarkan kepada ibu bapa. Tetapi sebenarnya, ada pilihan lain untuk aqiqah anak sekiranya ibu bapa tidak dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Pada dasarnya, ibadah aqiqah adalah dilaksanakan oleh ibu, ataupun lebih tepat lagi penjaga kepada anak tersebut lantaran mereka yang bertanggungjawab keatas anak itu.

Bagaimanapun timbul persoalan sekiranya ibu bapa anak itu tiada ataupun telah meninggal dunia, maka tanggungjawab untuk melaksanakan aqiqah adalah diserahkan kepada walinya. Ini bermaksud tanggugjawab aqiqah terletak pada datuk dan seterusnya bapa saudara.

Secara asasnya, islam menuntut supaya orang yang memberikan nafkah kepada anak tersebut untuk melakukan aqiqah terhadapnya. Ini bermakna, sekiranya anak tinggal bersama ibu dan ibunya juga yang menyara kehidupan anak itu, maka ibu yang dituntut melaksanakan aqiqah untuknya. Tetapi jika anak belum diaqiqahkan sehingga dia baligh, dia disunatkan untuk melakukan aqiqah bagi dirinya sendiri sekiranya berkemampuan.

Foto Hiasan – Sumber: Detik News

Orang yang paling dituntut untuk melaksanakan aqiqah untuk anak adalah ibu bapa. Jika ibu bapanya masih hidup tetapi tidak berkemampuan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut, maka boleh untuk datuk dan nenek untuk menaja atau menanggung perbelanjaan aqiqah untuk cucu mereka.

Seperti yang telah disebut, anak juga boleh melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri setelah baligh. Tetapi jika dia sudah mencapai usia baligh tetapi masih tidak berkemampuan dan masih mempunyai bapa, jadi bapanya bertanggungjawab untuk melakukan aqiqah untuknya. Namun jika bapa telah meninggal dunia, maka tanggungjawab itu diberikan kepada ibunya.

Tahnik merupakan satu amalan sunat bagi bayi yang baru lahir dengan menyapu manisan pada lelangit bayi – Sumber: Islam Itu Indah

Pendek kata, tanggungjawab aqiqah hendaklah digalas oleh penjaga anak atau erti kata lain orang yang mengasuh dan memberi nafkah kepada anak itu. Jika tidak ibu bapa, datuk dan nenek ataupun bapa saudara dibolehkan untuk melakukan aqiqah tersebut.

Sebagai penjaga, kita haruslah mengambil cakna dengan keperluan dan kebajikan anak-anak. Aqiqah juga merupakan satu tuntutan dan juga keperluan anak sebagaimana yang telah kita ketahui kepentingan dan hikmah yang dibawa oleh aqiqah kepada anak tersebut.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN