Bulan Zulhijjah: Puasa Hari Arafah dan Ibadah Lain

Alhamdulillah, tidak lama lagi umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Zulhijjah. Bulan ini mempunyai kelebihan, fadhilat dan keistimewaannya tersendiri.

Allah SWT sangat sayangkan hambanya, sentiasa memberikan kesempatan kepada kita untuk menambah pahala dan juga memohon keampunan. Walaupun bulan Ramadan telah berakhir, bulan-bulan lain juga membuka pintu kepada banyak amalan yang memberikan ganjaran pahala.

Pernah dengar puasa Hari Arafah? Apakah fadilatnya?

Mari dapatkan jawapannya di sini.

Hadis 10 Hari Terawal Zulhijjah

bulan Zulhijjah.

Daripada kitab Lata’if Al-Maarif oleh Ibnu Rajab al-Handbali,

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Maksudnya : “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757)

Bulan Zulhijjah juga merupakan bulan haram. 

bulan Zulhijjah.

Diriwayatkan oleh Abu Bakrah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Maksudnya : Sesungguhnya masa itu beredar seperti keadaan asalnya pada hari Allah menciptakan langit-langit dan juga bumi. Setahun itu ada dua belas bulan, dan ada empat bulan-bulan haram. Tiga yang berturut-turut, iaitu Zul Qa’dah, Zulhijjah, dan Muharram, serta bulan Rejab Mudhar yang berada di antara Jumada (al-Akhir) dan juga Sya’ban.

Riwayat Al-Bukhari (184)

Di dalam bulan haram, Allah telah melarang hambanya menzalimi diri sendiri.

 Firman Allah S.W.T :

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِندَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ ۚ فَلَا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنفُسَكُمْ

Maksudnya : Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah sebanyak dua belas bulan, seperti yang ditetapkan pada hari Dia menciptakan langit-langit dan juga bumi. Antaranya adalah empat bulan haram. Yang demikian itu adalah agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi diri kamu di dalam bulan-bulan tersebut (bulan haram).

Surah Al-Taubah:36

Kelebihan Beramal Pada 10 Hari Pertama Zulhijjah

bulan Zulhijjah.

Amalan 10 hari pertama Zulhijjah dikatakan lebih disukai Allah berbanding amalan-amalan pada hari yang lain tanpa ada pengecualian. 

Jadi jika ia adalah antara amal yang disukai Allah pasti ada sesuatu yang afdal disisi-Nya.

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ أفضل من أيام العَشْر

Maksudnya : “Tiada hari-hari amalan yang dilakukan padanya menjadi afdal berbanding 10 hari awal Zulhijjah.”

Ibadah pada 10 hari Zulhijjah ini adalah lebih afdal walaupun jika dibandingkan dengan jihad.

Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah,walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya ?”, Baginda bersabda, “Walaupun jihad, ia tidak menandinginya”

Tetapi terdapat pengecualian.

“Kemudian, Baginda mengecualikan satu jenis jihad yang merupakan sebaik-baik jihad kerana baginda juga pernah ditanya, “Manakah jihad yang afdal?”,Baginda menjawab, “Jihad seseorang yang kudanya ditikam mati dan dia pun mati syahid”.

Nabi SAW telah mendengar seorang lelaki berdoa:

اللَّهُمَّ اعْطِني أَفْضَلُ ما تُعطِيْ عِبَادَكَ الصَّالِحِينَ

Maksudnya : “Ya Allah, Berikanlah kepadaku sebaik-baik pemberian yang engkau berikan kepada hamba-Mu yang soleh.”

Lalu baginda bersabda kepadanya,

إِذَنْ يُعْقَرُ جَوَادُكَ ، وَتَسْتَشْهِدُ

Maksudnya : “Oleh itu, pastikan (Kamu berjihad sehingga) kudamu mati ditikam dan kamu mati syahid.”

Riwayat Ibnu Hibban (4639), al-Hakim (2/74) di dalam al-Mustadrak

Puasa Sunat Hari Arafah

bulan Zulhijjah.

Bagi umat Islam yang tidak melaksanakan ibadah haji, mereka terlepas untuk melaksanakan wukuf di padang Arafah. Tetapi Allah SWT tetap membuka ruang ibadah untuk berpuasa sunat hari Arafah.

Dan fadilatnya pula adalah, menebus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.;  Rasulullah ketika ditanya tentang puasa hari Arafah, Baginda bersabda:

“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” 

Hadis Riwayat Imam Muslim

Sesungguhnya, bulan Zulhijjah juga adalah bulan yang istimewa. Jika pada bulan Ramadan yang lepas mungkin ada antara kita berasa tidak puas beribadah.

Jadi tambahlah ibadah pada bulan mulia ini dengan melakukan sunnah yang digalakkan.

Kelebihan Hari Arafah Pada Bulan Zulhijjah:

  1. Hari Arafah – Wukuf adalah sebahagian daripada rukun Haji
  2. Hari dimana agama telah sempurna
  3. Hari raya dan sambutan buat umat Islam
  4. Hari Penyaksian
  5. Hari yang terbaik untuk berdoa
  6. Puasa Hari Arafah diampunkan dosa setahun sebelum dan selepas
  7. Hari keampunan dan pelepasan dari api neraka

Apa yang boleh dibuat ketika bulan Zulhijjah:

  1. Menghayati bacaan Kalam Allah
  2. Memperbaiki solat
  3. Mengejar amal kebaikan
  4. Berpuasa sunat Hari Arafah
  5. Melaksanakan ibadah Korban jika mampu
  6. Melazimi zikir
  7. Memperbaiki silaturrahim
  8. Menjauhi perkataan yang sia-sia

Sebagai kesimpulan, setiap amalan yang dilakukan pada bulan mulia akan digandakan ganjaran. Oleh itu semua umat Islam digalakkan untuk melakukan amal ibadah dan melaksanakan amalan soleh pada Zulhijjah, termasuklah 10 hari terawal bulan Zulhijjah dengan solat, berpuasa, berzikir dan sebagainya.

Sekian sahaja perkongsian kali ini. 

Semoga ada manfaatnya kepada anda dan semoga Allah menerima semua kebaikan yang kita lakukan. Amin.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN