“Mengapakah Hari Tasyrik Diharamkan Berpuasa?”

Ada orang pernah berpesan, “Haram berpuasa pada hari Tasyrik”. Malah Nabi juga berpesan untuk tidak berpuasa sebaliknya makan dan minum dan mengingati Allah pada ini.

Jika ingin ketahui mengapa, dapatkan jawapannya dari artikel ini.

Tarikh Hari Tasyrik 2022

Hari Tasyrik adalah pada 11-13 Zulhijjah. Selepas menyambut Hari Raya Aidil Adha, umat Islam dilarang untuk berpuasa pada tarikh-tarikh ini.

Insya-Allah umat Islam Malaysia akan menyambut hari tasyrik pada 11-13 Julai 2022 (akan dikemaskini semula dari masa ke semasa).

Apakah Hari Tasyrik?

Hari Tasyrik

Hari Tasyrik merupakan hari raya bagi orang berhaji. Hari-hari Tasyrik adalah penanda ibadah para jemaah haji telah selesai melakukan wukuf, jamarat dan tahalul.

Mengapa Dilarang Berpuasa Pada Hari Tasyrik?

Daripada Imam Muslim dalam sahihnya, daripada Nabi S.A.W yang bermaksud:

‘’Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan minum juga hari mengingati ALLAH S.W.T.’’

Jadi pada hari-hari ini umat Islam digalakkan untuk makan dan minum juga memperingati Allah S.W.T.

Jika ingin berpuasa, dianjurkan dilaksanakan pada Hari Arafah atau Hari Wukuf,  9 Zulhijjah 1443 Hijrah. Mengikut kalendar masihi, umat Islam boleh berpuasa pada Hari Arafah bertarikh 8 Julai 2022 (akan dikemaskini semula).

Hadis Uqbah bin ‘Amir bahawa Nabi SAW bersabda,

يَوْمُ عَرَفَةَ وَيَوْمُ النَّحْرِ وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَهُنَّ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

Maksudnya:” Hari Arafah, Hari Raya Korban, dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum.”

Riwayat al-Tirmizi (773),Abu Daud (2419), al-Nasaie (3004), Imam Ahmad (17379) di dalam Musnad

Selain itu, hari-hari Tasyrik juga adalah hari untuk melaksanakan korban selain daripada pada hari Aidil Adha (10 Zulhijjah)

Hadis yang diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RAnha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).

Riwayat al-Tirmidzi: 1493

Hari Raya Aidil Adha dan Hari Tasyrik adalah hari yang dianjurkan untuk berkorban bagi golongan yang berkemampuan.

Imam al-Khatib al-Syarbini menjelaskan dari Mughni al-Muhtaj:

وَالْمُخَاطَبُ بِهَا الْمُسْلِمُ الْحُرُّ الْبَالِغُ الْعَاقِلُ الْمُسْتَطِيعُ

Maksudnya: Golongan yang ditujukan perintah untuk melaksanakan korban itu ialah orang Islam, merdeka, baligh, berakal dan berkemampuan.

Rujuk Mughni al-Muhtaj, 6:123

Amalan Dianjurkan Pada Hari Tasyrik:

Hari Tasyrik
  1. Berkorban Sekiranya Mampu
  2. Bersyukur dan Mengingati Allah
  3. Bertakwa Pada Allah
  4. Berdoa dan Berzikir
  5. Menyambung Silaturrahim
  6. Bertakbir (Bermula waktu subuh hari Arafah dan berterusan sehingga tamat Asar hari Tasyrik ketiga) Rujuk: Mufti Wilayah Persekutuan

Allah telah menghadiahkan hari ini untuk umat Islam meraikan rezeki yang diberikan dengan makan dan minum serta mensyukuri nikmatnya.

Ini juga adalah untuk mengenang kembali peristiwa Aidil Adha atau korban yang pertama oleh Nabi Ibrahim AS yang taat menuruti perintah Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS.

Tetapi atas keikhlasan Nabi Ibrahim AS terhadap perintah berikut Allah SWT telah menggantikan sembelihan Nabi Ismail AS kepada seekor kibas.

Oleh itu, Nabi Ismail tidak perlu dikorbankan.

Allah SWT juga membuka peluang kepada umat Islam untuk bersedekah dengan ibadah korban. Daging-daging korban ini tentu sahaja akan diberikan kepada golongan yang memerlukan.

Hari Tasyrik

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” 

Riwayat al-Tirmizi (1493)

Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib

Sungguh uniknya agama Islam selain mengucapkan syukur kepada Allah, umat Islam digalakkan untuk menyumbang semula kepada masyarakat dengan ibadah korban.

Golongan yang layak berkorban adalah:

  • Beragama Islam
  • Baligh
  • Berakal
  • Berkemampuan
  • Merdeka

Oleh itu umat Islam yang mampu untuk berkorban, berkorbanlah pada Hari Arafah dan Hari Tasyrik nanti. Insya-Allah ada ganjaran pahala menanti.

Semoga artikel ini memberikan info tambahan kepada anda.

Artikel Berkaitan: Aqiqah Mekah VS Tempat Sendiri: Mana Yang Lebih Afdhal?, Sejarah Pensyariatan Ibadah Aqiqah, 7 Persoalan Yang Sering Ditanya Mengenai Akikah, Majlis Aqiqah Sederhana Yang Mengikut Sunnah, Syarat Aqiqah Anak Lelaki dan Perempuan, Adakah Sah Cukur Rambut Bayi Sebelum Aqiqah?, Aqiqah Ramadan, Ruang Ibadah Untuk Semua, Hukum Korban Dan Akikah Pada Sembelihan Yang Sama, Selawat, Tahnik Dan Cukur Rambut Bayi – Apa Yang Tidak Boleh Dilakukan, Hukum Aqiqah Di Mekah Atau Di Luar Negara

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

______

EZ Qurban

Belum daftar korban?

Jangan lepaskan peluang untuk kita syukuri nikmat Allah yang banyak dengan ibadah korban tahun ini!

Bermula hanya RM350, anda bukan sahaja akan laksanakan tuntutan ibadah korban bersama pelaksana paling dipercayai di Malaysia, malah dagingnya akan diagih pula untuk dimanfaatkan masyarakat Muslim yang memerlukan di 41 buah negara!

Klik butang dibawah untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.

BEBAS TOL : 1-800-885-885

FB: https://www.facebook.com/ezqurban

IG: https://www.instagram.com/ezqurban/

Whatsapp: https://kliksini.my/a6Yes

*Tarikh tutup adalah berbeza mengikut jenis korban dan tertakluk kepada perubahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

ARTIKEL BERKAITAN